Tuesday, 5 May 2020

Teringat tak semestinya Masih sayang

Hai korang.. Now 3.52am and mata aku still tak leh lelap. Serious lah aku tak paham kenapa. Honestly aku agak terasa sunyi. Once kau sunyi mula lah kau teringat kat kenangan dulu.. Ya Allah aku bukan tak move on. Aku dah lupakan dia. Dah tak sayang kat dia lagi. Tapi aku tak tau kenapa terlalu susah utk aku lupakan kenangan kenangan pahit tu. By the way haritu birthday aku, dia ade message and wish. Kenapa ya after break dia tak pernah miss wish kat aku. Dulu time together dia selalu lupa tarikh tarikh camni. Seriously aku bukan tak move on.cuma apa yang jadi terlalu pahit utk aku hadam ngam lupakan. Even aku sendiri still takleh maafkan diri aku atas kesilapan aku tu.
Aku cuma harap skg ni, Allah bagi aku peluang kedua utk teruskan kehidupan baru aku. Dengan husband, anak and family aku.. Tak perlu aku cakap ape doa aku, cukuplah Allah tau segalanya. Please kabulkan semua my doa doa. Cukuplah tahun lepas aku tunggu. Hopefully this year aku dapat apa yang aku nak. Hmmm.
Korang pernah tak rasa hati and jiwa korang kosong. Kosong sekosong kosongnye. Aku nak menagis, tapi aku tak tau kenapa aku tak mampu nak mengalirkan air mata. Allah please guide me. I really need you. Kalau Allah masih izinkan utk aku bernafas dan teruskan hidup ini, aku cuma berharap aku pun masih ada peluang kedua macam orang lain untuk bahagia. Please guys pray for me. I need your dua. Hopefully today isn't my last day writing this.😒 please forgive me if ive hurt anyone. Goodbyee guys 😒


**my current fav song

Sepi
Menghukum diri kembali
Untuk mengalirkan air mata
Tanpa henti
Lagi
Sepi
Menghasut diri kembali
Untuk memikirkan tentang kita
Tanpa henti
Lagi
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Maaf andai kau terluka
Maaf 'ku tak sengaja
Tanpa sedar
Sakitimu
Sesalku
Maaf kerna aku pun terluka
Pintaku hanya
Peluang kedua
Rasa cinta darimu
Dan tiada
Salah darimu mengingatkanku
Bila 'ku tak sempurna
Engkau bisikkan 'ku yang paling sempurna
Di matamu hanya aku
Dan andai terbuka hatimu
'Ku di sini menunggu dan terus menunggu

Btw peluang kedua means everything. Its means about family, love, friends and about yourself.Also about u ask a second chance from Allah. 😒

Goodnight again.

Wednesday, 2 October 2019

Kekuatan

Hye guys. Lately mood agak down. Tak tahu kenapa sedih dgn hidup ni. Cam takde harapan dgn hidup ni. Ye kat luar mmg nampak ok tp dalam hati takde org pun tau apa yg kita rasa.
Tuhan. Kadang aku tak tahu masih ada ke peluang utk aku rasa bahagia mcm org lain. Sakit. Memang sakit. Bila tengok org lain ada kehidupan sendiri. Ada pasangan, ada anak anak. Tapi diri sendiri masih takde peluang tu. Bukan nak menolak takdir Allah. Tapi kita manusia biasa. Ada hati dan perasaan. Aku tak kuat sangat.
Tuhan. Kalau diberi peluang, aku nak ulang semua kenangan. Aku nak pilih lelaki yg betul, tak nak kenal orang yg salah. Grab semua peluang yg ada. Tak kan sia sia kan masa walau seminit utk benda yg tak berfaedah.
Tuhan. Kalau diberi peluang, aku taknak percaya dengan janji2 manusia yg konon nya bulan dan bintang pun sanggup digapai. Sanggup hidup bersama sampai ke tua. Takkan tinggalkan kita. Takkan lukakan hati kita. Akan sayangkan kita sampai ke hujung nafas. Akan setia hingga hujung nyawa. Tapi sekarang mana semua janji tu. Selepas bahagia, org yg selama ni bersusah payah terus ditinggalkan. Memang lumrahkan.
Tuhan. Aku tak mintak banyak. Cukup lah kau kabulkan semua doa2 aku utk temui kebahagiaan yg aku nak selama ni. Aku nal peluang rasa bahagia mcm org lain. Peluang yg tak pernah aku dapat lagi.
Tuhan. Aku dah cuba utk terus kuat dan bertahan. Andai satu masa nanti aku dah tak mampu bertahan lagi, maafkan aku.😭

Thursday, 12 September 2019

Kehilangan orang yg kita sayang 😒

Hai guys. Malam ni aku takleh nak lelap. Mungkin makan banyak sangat kot πŸ˜‚
Hmm actually tadi aku scroll2 Facebook. So aku ternampak post one of my Facebook friend. Dia just cakap takziah to someone atas kehilangan husband. So aku pon stalk and stalk (biasalah pempuan😝) yela kot2 kenal ke. And tetibe rupenye aku memang kenal orang yg husband dia meninggal tu. Aku namakan dia R jelah.
R tu dulu one of my classmates waktu form 3 (if not mistaken) and dialah yg rampas boyfriend aku time tu. Bila teringat balik... Aishh.. Dia best friend kwn aku yg jd perantara aku ngan boyfriend aku. Aku ngan R taklah rapat sgt.
Yg pelik nya aku tau kwn aku pon suka boyfriend aku jugak. So 3 pempuan suka pada 1 lelaki. Tapi aku lah yg dapat lelaki tu 🀣🀣 padahal taklah handsome mana. Cuma laki tu kira barang hot la sebab budak yg baru pindah sekolah aku. Plus satu kelas gak. Biasanya bdk baru pindah sekolah kan jd tumpuan bdk2. So lucky me (that time je k) time nak couple time tu bagi balas2 surat. Old2 sangat kanns. Bile dah couple ktorg msg2 guna phone la. Dia pinjam phone mak dia πŸ˜…πŸ˜… and aku lak pakai phone akak aku 😁.. Aku takleh lupa sampai skg ringtone mak dia bila nak call. Lagu nazam berkasih by syura. Time tu dengar lagu tu pon dah feeling habis kau. Hahaha
Ktorg couple tak lama. Kejap je. Hujung form 3 dah berakhir dah guyss. Cinta kanak2 sangat 😝
Tetibe aku dapat surat cinta mengatakan nak putus kalau tak silap. Hare punye boyprenn. Tetau je si R ni dah couple ngan si nizam tu. Kecik2 dah pandai curang!!! Frust jugak time tu. Hari2 dengar lagu jiwang  kihkih. Naik meluat aku tgk si R time tu. Muka nak berlagak je. Si nizam tu lagi la. Nak buat2 muka bajet ensem lak. Bertabah la aku time tu tgk dorang hari2 sebab satu kelas. Luckily start form 4 aku dah tak nampak si nizam tu. Sebab dia dah pindah sekolah (maklumlah anak polis) Form 4 /5 dah ada boyfriend lain lak. Yg tu upgrade sikit la sbb boyfriend budak yg dah kerja. Weh time sekolah dulu kalau kau ada boyfriend budak besar yg dah kerja, bangga gile. Acah2 masa depan terjamin. Cukup lah kalau boyfriend kau ada moto. Dapat pergi sekolah and balik sekolah boyfriend anta kemain bangga muka. Hahhaa tapi rindukan moment 2 tu semua. Time sekolah rasa tak sabar sangat nak abis sekolah. Konon nak kje ada duit sendiri. Tapi bila kau dah further study and kerja, time tulah rasa rindu nak pergi sekolah balik. Tau2 duit sekolah dah dapat. Sekarang dah kerja kena pikir banyak nak guna duit lebih bile banyak komitmen. Nak tak nak tulah kehidupan sebenar. Ehh tetibe rindu zaman sekolah pulak. Since 2007 aku dah tinggalkan sekolah.
Ohh btw sal R tu aku tumpang sedih atas kehilangan husband dia. Yelah tak silap dia baru kawin 2 tahun. Betul kan, Allah kalau nak amik kita, bila2 masa je. Hopefully aku ada peluang tuk berubah jadi lebih baik soon.

And ohh ya. Since aku dah cerita sal ex boyfriend aku tu. Aku nak cerita pasal crush aku dulu time darjah 6 πŸ˜‚πŸ˜‚ aku kenal time aku tuition. Dia tu anak cikgu tuition aku. Umur 2 3 tahun atas dari aku. Aku dulu semangat g tuition disebabkan dia la. Ya ampun, bile pikir balik aku ni boleh kemain gatal gak ya. Sekolah rendah lagi dah nak ada boyfriend. Opss berbalik pasal anak cikgu aku ni nama dia zahin. Aku rasa niat aku dulu pergi tuition sebab dia je bukan sebab nak belajar sangat. Tiap malam before g tuition aku dah siap iron baju. Baju mesti iron ok guyss. Bedak compact tu mesti pakai. Kalau boleh nak nampak putih sgt. Hahaha ya allah malunya bila pikir balik. Perfume pon sama takleh tinggal.
Tapi aku rasa tulah cinta pertama aku. Cinta pertama yg real la. Yg tak real aku xingat. Ohh btw crush aku tu dah kawin dalam beberapa minggu lepas. And aku attend wedding dia. A bit sad la. Sebab dia lelaki yg baik 😭😭😭
So berbalik cite tadi akibat kegatalan aku tu upsr aku cuma dapat 3A1B1C. Dulu time darjah 1 sampai 6 aku memang maintain kelas pertama je. Tak pernah ke kelas nombor lain. Kira boleh dibanggakan la. Tapi naik sekolah menengah memang drop habis ye siss. Mostly classmates aku time sekolah rendah masuk class science. Tapi aku hanya mampu account jerr. Sejujurnya aku mmg tak belajar. Tulah orang kata. Kena pandai pilih kawan. Kawan ngan ulat buku memang kemungkinan score A. Tapi kalau kawan ngan kawan yang malas belajar, kaki ponteng sekolah, marilah kita sama sama belayar and mereput. So anak2 moral of the story, belajar lah selagi kita mampu. Jangan sia siakan peluang and kepercayaan family.

Lepas spm aku further study dlm bidang healthcare. Spm amik account. Cam takde kene mengena kan. Haha oklah guyss gtg. Esok nak bangun pagi nak kerja ada operation. 😒 Malas betul nak kerja lahaiii. Babaii 😡

Friday, 21 June 2019

What you give you'll get back

Hye guys. Tadi scrol2 facebook nampak this posting. So just nak share to all men out there.
Well, its true. 😎


https://www.facebook.com/2105295106451148/posts/2185978518382806/?sfnsn=mo

Monday, 29 April 2019

Appreciate is a key to be happy 😊

Hai guys. Malam ni aku takleh nak tidur. It's been a long time kan tak share my story.
Nothing special yg nak share. Cuma aku nak share sikit tentang menghargai. Please appreciate untuk setiap kebaikan someone tu even sebesar hama.
Aku takleh lah share exact story. Aku tukar sikit. Ni kisah benar 🙊
Hmm mana nak start eh. Ok camni. Aku pernah tolong someone time dia dalam kesusahan. Yg ni serious dalam kesusahan. Antara hidup dan mati. Antara nak masa depan cerah or gelap. He should appreciate for everything I'd done. Unfortunately hmm korang patut dapat agak la. Si dia ni ibarat kacang lupakan kulit. Lepas hidup dia dah ok dah selesa and takde masalah, eh dia pulak jatuhkan hidup aku. He trying hard to make me fall for many times. Dia cari salah aku. Dia tu bukan orang lain dari hidup aku. He is my brother. But i won't admit he is my brother anymore. Untuk semua yg dia dah buat.
Senang cerita sebelum ni aku tak berapa rapat dan baik dengan dia. Bukan dengan aku je ok. Dengan sume adik beradik aku. Disebabkan hasutan sister in law and perangai dia mmg tahap syaitan. Since kecik kami selalu kena pukul dengan dia. Ok berbalik pada cerita, After that incident happen, lepas aku dah tolong dia, hubungan kami bertambah baik. Fyi, dia dalam proses fasakh. Tapi still main tarik tali. Semuanya ok ok je beberapa bulan.
Aku tak paham dengan rumah tangga dorang. Kate tak nak tapi still contact each others. Fyi, he using 'bomoh' untuk bawak bini dia balik dengan dia. Fews month bini dia konon nak berbaik balik. Aku sure sangat dia nak balik disebabkan dah kena bomoh.
And now lepas dia dah ok, kitaorang suddenly jadi tak baik balik. Hubungan jadi kucar kacir. Dia nak pukul aku. Aku ada buat police report. Dia tau, marah gila2 kat aku. Sampai sekarang dia still cari salah aku, nak jatuhkan hidup aku.
Aku rasa memang menyesal pernah tolong dia dulu. Aku tolong pon disebabkan ayah aku yg suruh tolong. Sekarang dia nak jadikan aku musuh dia.
Sejujurnya aku memang tak kisah pon kalau aku takde abang pon. Serious dia bukan pernah protect kami macam abang abang orang lain. Seorang abang sepatutnya protect adik adik dia. Seriously aku memang benci kat dia.
Fyi, dia ni jenis yg malas bekerja. Bila kerja hanya tahan sebulan dua je. Bila cerita kat orang pumpang pumpang kate gaji besau. Beribu puluh ribu. Tapi hakikatnya duduk pun dekat rumah orang tua. Kereta pun takde. Stay for free. Tak pernah bayar. Rumah yg sepatutnya ayah aku jadikan rumah untuk sewa untuk duit masa tua lepas pencen.
Apa perasaan aku pada dia, hopefully karma will find him. Seriously i won't forgive him for everything he had done to me. Wish him good luck finding me in mahsyar later. Pernah dengar kan doa orang orang teraniaya akan termakbul. Cepat atau lambat.
Banyak lagi yang aku tak share perangai dia.
Apa yang aku belajar dalam hidup ni, tak kira kau jahat ke apa, duit akan bayar segalanya. Tu yg dia buat.
Aku percaya allah ada dan tak pernah tidur. Dia dengar dan lihat semuanya.
Gentle reminder for you, be a men. Dont be a coward. Stop comparing your life and mine. Hidup lah seadanya. Jangan pernah lupa dengan jasa orang walaupun sikit. Sometimes kita kena pandang ke bawah, kalau jatuh nanti sakit.

Ok bye nak tidur.

Saturday, 12 January 2019

"Can't Take My Eyes Off Of You"

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.

(I want you, I want you.)

Pardon the way that I stare.
There's nothing else to compare.
The sight of you leaves me weak.
There are no words left to speak.
But if you feel like I feel.
Please let me know that it's real.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.

(I want you, I want you.)

I need you baby, if it's quite all right,
I need you baby to warm a lonely night.
I love you baby.
Trust in me when I say, "OK." (It's OK.)
Oh, pretty baby, "Don't let me down," I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay.
And let me love you, oh, baby, let me love you, oh, baby...

You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.
You'd be like heaven to touch.
I wanna hold you so much.
At long last love has arrived.
And I thank God I'm alive.
You're just too good to be true.
Can't take my eyes off of you.

(I want you, I want you.)

I need you baby, and if it's quite all right,
I need you baby to warm a lonely night.
I love you baby.
Trust in me when I say, "It's OK."
Oh, pretty baby, "Don't let me down," I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay.
And let me love you, oh, baby, let me love you, oh, baby...

I need you baby, if it's quite all right,
I love you baby, you warm a lonely night.
I need you baby.
Trust in me when I say, "It's OK."
Oh, oh, pretty baby, "Don't let me down," I pray.
Oh, pretty baby, now that I found you, stay.
And let me love you, oh, baby, let me love you, oh, baby...


Monday, 6 August 2018

Jangan pernah give up

Assalamualaikum guys. Hari ni aku belek belek gambar and aku jumpa gambar buku appointment hospital aku. Lagi lagi sekarang ni aku tengok banyak case tentang cancer. Sedih tengok. Serious bukan mudah kita nak struggle untuk hidup. Fight untuk terus sihat. Hmm actually if not mistaken 2013 aku dapat tau aku ada fibroadenoma. Mula mula aku selalu rasa sakit berdenyut denyut di area breast tu. Then aku ignore je. Tapi makin lama rasa sakit. Ada masa dia akan rasa macam mencucuk cucuk sakit dia. Aku ada jugak try buat BSE and i found that there's a few lump there. Lama gak aku pikir camana nak check kat clinic. Of course kau akan rasa malu. Especially kalau yang amik case ni doktor lelaki. So aku pergi cari clinic yang ada doctor perempuan. Lepas jumpa and check memang ada lump kat situ. So time tu rasa cam speechless, otak rasa blur takleh pikir langsung. Doctor suggest pergi hospital untuk checkup. Dia buat refer letter kat hospital. Seriously Aku memang takde medical insurance so that time rasa betapa pentingnya insurance semua tu. Aku pergi jumpa doctor kat gh. Buat appointment semua.
Masa first jumpa doctor tu doctor lelaki. Nak tak nak terpaksa lah kan. Doctor pun amik family history, complaints sakit kat mana n bla bla bla. If not mistaken doc tu suruh check ultrasound. Next appointment lak jumpa balik doc. Then dia suggest untuk buat biopsy. Biopsy tu untuk tentukan benda tu cancerous ke tak. Time tu mak aku memang tak bagi buat biopsy sebab katanya nanti lagi bahaya. Time tu mcm mcm aku kena makan. Yang paling aku ingat Kena makan biji apricot. Tah la aku rasa cam pahit and serious lah tak sedap. Makan pun pantang. Mak aku siap bawak berubat traditional lagi. Honestly aku memang tak percaya benda tu semua. Tapi ikut jelah orang kata ikhtiar. Tapi still sama je. Takde berubah apa pun. Lump tu still ada. Nak taknak buat juga. Alhamdulillah all went smooth. After biopsy tu bengkak sikit lah. Bila bercakap sal emosi ni time tu rasa sangat down. Cepat rasa sedih and pikir bukan bukan. Yes moral support dari family dengan orang terdekat sangat penting. Lama jugak aku cuba untuk positive kan diri. Lastly aku buat operation jugak untuk buang lump tu. Masa operation tu sedar and nampak dari lampu atas bilik operation tu. Walaupun tak jelas tapi nampak sikit. Rasa apa orang buat tapi tak sakit. Bila rasa sakit doc tambah dosage ubat bius tu. Tak ingat berapa lama operation tu. Doc bagitau and tunjuk lump tu besar dalam 1cm. Time tu tak dan nak amik gambar lump yg dah buang. Doc terus anta sample tu untuk buat HPE.
Part paling sedih bila satu hari lepas operation tu parents aku pergi haji ke umrah (tak berapa ingat). Aku yang drive hantar parents aku pergi Airport. Gigih drive. Kuatkan diri. Dalam few weeks tu berpantang jugak la. Kena buat dressing.
Sedihnya rasa time tu. But its ok im fine💪
After few appointment doc cakap untuk case aku ni both breast ada lump tu. Kecik kecik and banyak. Tak tau la apa perasaan time tu. Seriously give up sangat. Orang lain mungkin akan cakap ya paham perasaan kita tapi hakikatnya orang yang menanggung tu jauh lagi rasa sakit macam dah tak guna lagi hidup ni. Bukan mudah untuk kita rasa positive macam tu je. Especially bagi orang yang belum kahwin. Rasa rasa boleh ke husband dia terima seadanya? Sedangkan bf pun boleh tinggalkan. Too bad 😢. Baru nak rasa lega lepas operation tapi bila dengar lump tu masih ada kat tempat lain pulak. Tak tau la nak gambarkan camana perasaan kita. So next appointment macam biasa checkup yearly. Done buat ultrasound breast. Checkup and checkup. Doc memang ada suggest buat ooeration lagi tapi aku tak nak lagi. Sebab bila dah buang kemungkinan akan ada lagi. So aku pilih untuk follow up je.
Masa pergi umrah hari tu aku doa sangat moga Allah berikan aku kesihatan, buang segala penyakit ni. And idk lepas appointment haritu doc cakap dah takde. Curious jugak. Sebab last chek up memang ada banyak. Doc cakap kena selalu buat BSE. Kalau rasa sakit kena cepat cepat pergi hospital bawa buku appointment.
Conclusions nya aku rasa bangga dengan mereka mereka kat luar sana yg ada cancer boleh stay positive ngan happy. Ya mungkin korang boleh nampak senyuman dia tapi deep inside korang tak kan tau apa yg mereka rasa. Camana mereka fight untuk terus hidup. Sakit yg mereka rasa. Dengan kerja, hidup dan keluarga lagi.
Btw aku nak bagitau bila kita hidup ni kita takleh selfish dengan kehidupan kita sendiri. Bantu lah apa yang kita mampu untul bagi sedikit senyuman dekat mereka. Aku ada register untuk derma organ. Bila kita mati nanti mungkin kita ada bagi peluang untuk orang lain rasa peluang untuk hidup. Im totally support derma organ.
Okay lah jam dah pukul 12.08am esok nak kerja. Ada masa aku share lagi. Stay positive guys 😴