Thursday, 28 September 2017
step after break off
Okey first thing u all boleh menangis sepuasnya. Boleh je nak tipu orang lain yg kita ok but deep inside hanya Allah je yg tau kan. For me tak salah kalau nak nangis tapi berpada pada lah. U know bukan all the time perlu nangis. Lepas dah ok and relax fikir balik pada diri berbaloi ke untuk setiap titis air mata tu u bazirkan untuk mereka yang tak pernah appreciate u. U penat menangis kurung dalam bilik tapi dia mungkin dah move on dengan life dia. Dia mungkin tengah dating dengan partner baru dia and langsung tak fikir pasal u. Come on please move on and sedar Allah dah susun baik baik untuk u. Get a life my dear.
Second, please buang semua gambar, hadiah and whatsoever! Kalau boleh block or unfollow segala social media dia. Okey memang nampak macam tak matang tapi for me this is the only way for you to move on. I buat macam ni after break off. Ni pon atas nasihat kawan i. Memang la bukan u terus lupa, sebab ambil masa mungkin bertahun. By the way for facebook u boleh unfollow je tak perlu block ya. Bukan apa one day lepas u dah ada partner baru dah happy, u can show all this to ur ex (💩) hihihi guys everyone deserve to be Happy. So don't worry semua ni hanya sementara je.
Third, kalau boleh jangan lah menyendiri je. Bergaul dengan semua orang. Ramaikan kawan baru. Buka sikit hati untuk orang lain. Tapi jangan terlalu mudah untuk beri cinta kat orang. Belajar lah dari kesilapan yang lalu. Time ni lebih dekatkan diri pada Allah and jangan tinggalkan Allah bila dah bahagia. And I'm still trying untuk lebih dekat pada Allah. Sebab hanya dia tempat untuk meminta.
So guys remember that Allah always with u no matter what happen. Tak perlu balas dendam untuk semua ni. Sebab karma will find him one fine day. Tak kira pada dia, partner dia, anak or family. Whatever happen just give a smile and move on my dear 😍 so i got to go. Will make my next entry soon. Assalamualaikum 😉
Tuesday, 11 April 2017
Antara kewajipan dan terpaksa
Assalamualaikum guys😊😊
"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH."
Kakak tertarik dengan kata-kata ni. Sejujurnya kakak pun masih baru dengan bertudung. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kakak bukannya terlalu baik dan tiada manusia dibumi ni yang terlalu sempurna kerana yang sempurna itu semuanya datang dari Allah.
Guys siapa ja yang taknak berubah especially kearah kebaikan. Semua orang nak menjadi baik. Percayalah untuk berubah tu tak susah tapi untuk terus istiqomah dalam hijrah tu sangat susah.
Perlukan kekuatan dan iman yang teguh dalam berhijrah. Terkadang ada juga bisikan untuk jadi macam dulu. Terkadang rasa bila bertudung tu nampak lagi tua dan bila free hair nampak lagi cantik. Ya tulah contoh yang sering dialami.
Bila kakak tengok ayah kakak, kakak rasa berdosa dan sedih sangat sebab dah pentingkan diri sendiri. Sebab kakak tak jaga aurat kakak dan dalam masa yang sama dah mengheret ayah kakak untuk pikul dosa-dosa kakak. Parents kakak dah bagi ilmu agama yang cukup tapi tulah manusia tak pernah puas untuk ulang kesilapan. Mana ada parents kat dunia ni nak tengok anak mereka buat silap kan. Semua nak tengok anak mereka yang baik-baik jaa. Bila kakak fikir balik, kakak tak boleh nak terus heret ayah kakak untuk tanggung dosa kakak. Penat ayah kakak kumpul pahala tapi anak dia pulak kumpulkan dosa.
So kakak decide untuk cuba melakukan perubahan sikit demi sikit. Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya mencuba kann. Pada kakak, biarlah kita ubah sikit demi sikit. Walaupun mula rasa ikhlas dan tak ikhlas tapi at the end korang akan terbiasa dengan perubahan tu. And now i'm still trying to be better than before.
Korang jangan salah paham dengan mereka yang free hair. Bukan semua jahat tau. Bukan semua yang free hair tu tak solat dan jahat. Dulu kakak selalu fikir takpelah at least perangai baik dan tak buat jahat. Tapi bila dah makin meningkat usia ni baru rasa bertudung tu memang wajib untuk semua orang islam. But guys jangan pikir yang kakak ni baik 100℅. I'm still human yang masih membuat kesilapan macam orang lain. Yang baik semuanya datang dari Allah, yang tak baik datangnya dari kita hamba Allah.
Wallahu a'lam....
Assalamualaikum..
Sunday, 12 March 2017
Kahwin Bila Bersedia
Tertarik dengan kata2 Prof Muhaya ;) "Wanita paling malang adalah wanita yang tersalah pilih suami.. sebab hidup seorang perempuan itu berubah semuanya mengikut acuan suaminya. Setelah bernikah, bermakna selangkah kaki ke neraka atau ke syurga." Tak salah memilih supaya tak tersalah pilih. Berkahwinlah bila dah rasa jumpa orang yang betul (dengan ikhtiar & tawakal pada Allah), bukan semata2 sebab nak tutup mulut orang tanya bila nak kahwin.
Nampak remeh hal ni.. tetapi, sesungguhnya berkahwinlah kerana Allah SWT. Ranjau rumahtangga amatlah hebat, tapi mudah2an dapat dilalui dengan petunjuk drp Allah yg Maha hebat.
Bagaimana seorang wanita boleh mengharapkan lelaki yang tak mampu bangkitkan dirinya untuk mengerjakan solat, mengerjakan ibadah, berakhlak mulia... untuk memimpin tangan anak isterinya masuk ke syurga??? "Lelaki yang hebat bukan yang dapat mengahwini perempuan solehah, tapi ... lelaki yg mengahwini perempuan biasa dan berjaya bimbingnya menjadi perempuan solehah" ...
Saturday, 11 March 2017
Janji Allah tak pernah Salah
1.wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.
2. “Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nuur: 32)
Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan.
Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, “apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi.
Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.
Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih.
Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?
3. “Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya”. (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.
4. “Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. (Ar Ruum : 21)
5. “Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina’ “. (Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pendamping hidup yang agamanya baik, cantik, taat, dan sebagainya.
Dalam berdoa, perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh, merendahkan diri, menghadap kiblat, mengangkat kedua tangan, dan lain – lain.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Diantaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana Allah ‘Azza wa Jalla turun ke langit dunia, dan pada waktu antara azan dan iqamah,
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari sumber yang haram, dan berpakaian dari usaha yang haram serta melakukan apa yang diharamkan Allah,
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini keberadaan Allah, mengakui bahawa Allah itu tempat meminta, mengakui bahawa Allah Maha Kaya, dan mengakui bahawa Allah Maha Mendengar.
Sebahagian orangapabila jodohnya tidak kunjung datang maka mereka pergi ke dukun-dukun berharap agar jodohnya lancar. Cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam.
Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal / dukun, lalu dia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadis sahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad).
Telah bersabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Maka janganlah kamu mendatangi dukun-dukun itu.” (Sahih riwayat Muslim juz 7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi SAW, “Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahih riwayat Abu Dawud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530), Ahmad dan Hakim).
6. “Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat“. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat. Agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.
7. “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung datang. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahawa sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
Allah sendiri yang menegaskan dua kali dalam Surat Alam Nasyrah.
8. “Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad : 7)
Agar Allah menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak di jalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dan sebagainya. Dengan itu semoga Allah menolong kita.
9. “Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)
10. “Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”. (Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim.
Jadi, kenapa ragu – ragu dengan janji Allah?
First update
Haa.. Lately agak busy lah settlekan hidup sendiri. Kerja kuar pagi balik dah petang pastu kakak busy tengok boyfriend kakak kat tv . Nak tau ke sapa? Alaaa yang tengah letopss n hotss dipasaran tuh. Abang Izz heykal (Malulah kakak) kalau sape kaki drama petang mesti tau kan. Kakak ni kaki drama feeling 2. Kalau cerita tu start kakak takkan hiraukan sekeliling. Apa nak jadik lantak pi lah yang penting fokus ke tv tu penting ya guys.
Tak tau lah dulu kakak takde lah peminat fanatik dia tapi since cerita Suamiku Paling Sweet kakak rasa dia memang pandai berlakon. Tiap hari dok tengok IG kot kot ada update. Hihihi sampai kakak akak naik meluat tengok kakak ni dok gila bayang kat si shapikkk !! Alahaii minat tu tak salah kan guys. Kakak rasa nak join fan club dia tau!
Oklah melalut pulak cerita pujaan hati kakak tu. Annoying tak hihihi. Lain Kali kita cerita lagi. Kakak nak mandi pastu tido mimpi Indah Indah jaa. Babaii
