Assalamualaikum guys😊😊
"Bertudunglah walaupun keadaan terpaksa. Solatlah walaupun keadaan terpaksa. Puasalah walau keadaan terpaksa. Kerana kewajiban itu memang kadang kala sifatnya terpaksa.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan hikmah dan pada akhirnya hati pun menjadi ikhlas untuk beribadah kepadaNya. Jika harus menunggu keikhlasan hati lebih dulu untuk beribadah, sampai bila nak menunggu?
Hidayah bukan untuk ditunggu, melainkan dicari.....InsyaALLAH."
Kakak tertarik dengan kata-kata ni. Sejujurnya kakak pun masih baru dengan bertudung. Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kakak bukannya terlalu baik dan tiada manusia dibumi ni yang terlalu sempurna kerana yang sempurna itu semuanya datang dari Allah.
Guys siapa ja yang taknak berubah especially kearah kebaikan. Semua orang nak menjadi baik. Percayalah untuk berubah tu tak susah tapi untuk terus istiqomah dalam hijrah tu sangat susah.
Perlukan kekuatan dan iman yang teguh dalam berhijrah. Terkadang ada juga bisikan untuk jadi macam dulu. Terkadang rasa bila bertudung tu nampak lagi tua dan bila free hair nampak lagi cantik. Ya tulah contoh yang sering dialami.
Bila kakak tengok ayah kakak, kakak rasa berdosa dan sedih sangat sebab dah pentingkan diri sendiri. Sebab kakak tak jaga aurat kakak dan dalam masa yang sama dah mengheret ayah kakak untuk pikul dosa-dosa kakak. Parents kakak dah bagi ilmu agama yang cukup tapi tulah manusia tak pernah puas untuk ulang kesilapan. Mana ada parents kat dunia ni nak tengok anak mereka buat silap kan. Semua nak tengok anak mereka yang baik-baik jaa. Bila kakak fikir balik, kakak tak boleh nak terus heret ayah kakak untuk tanggung dosa kakak. Penat ayah kakak kumpul pahala tapi anak dia pulak kumpulkan dosa.
So kakak decide untuk cuba melakukan perubahan sikit demi sikit. Walaupun tak banyak tapi sekurang-kurangnya mencuba kann. Pada kakak, biarlah kita ubah sikit demi sikit. Walaupun mula rasa ikhlas dan tak ikhlas tapi at the end korang akan terbiasa dengan perubahan tu. And now i'm still trying to be better than before.
Korang jangan salah paham dengan mereka yang free hair. Bukan semua jahat tau. Bukan semua yang free hair tu tak solat dan jahat. Dulu kakak selalu fikir takpelah at least perangai baik dan tak buat jahat. Tapi bila dah makin meningkat usia ni baru rasa bertudung tu memang wajib untuk semua orang islam. But guys jangan pikir yang kakak ni baik 100℅. I'm still human yang masih membuat kesilapan macam orang lain. Yang baik semuanya datang dari Allah, yang tak baik datangnya dari kita hamba Allah.
Wallahu a'lam....
Assalamualaikum..